Site icon TechNave BM

Lenovo Legion Y700 Ultimate Edition dilancar: Panel belakang kaca bertukar warna bermula ~RM2,175

Lenovo telah melancarkan tablet Legion Y700 Ultimate Edition dengan paparan 8 inci di China. Ia menampilkan bahagian belakang kaca yang boleh bertukar warna pada harga diskaun 3,299 yuan (~RM2,175) manakala harga pasarannya adalah 3,699 yuan (~RM2,438). Ia belum tersedia secara global lagi.

Legion Y700 Ultimate Edition hadir dengan ciri yang sama seperti model standard. Ia sesuai digunakan untuk gaming kerana teblet ini dikuasakan oleh cipset Snapdragon 870, panel LCD Legion Y700 yang menyokong kadar penyegaran semula 120Hz. Peranti turut mempunyai reka bentuk luaran shell krom dengan dua pilihan iaitu putih ais dan biru silau.

Panel kaca belakangnya boleh bertukar warna semasa tablet sedang beroperasi. Kesan pencahayaan RGB semasa gamingboleh memberi dorongan kepada sesetengah gamers. Buat sementara ini, ia membawa tiga varian di China dan kami masih tidak ketahui varian yang akan di bawa untuk pasaran global.

Gamers di luar China boleh dapatkan tablet ini melalui penjual semula. Sehingga kini, Lenovo tidak mengeluarkan sebarang butiran untuk meningkatkan ketersediaan tablet Legion Y700. Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version