More

    MWC 2022: Lenovo lancarkan peranti “gaming” Legion Y90 dan Legion Y700

    Lenovo telah melancarkan beberapa peranti di acara Mobile World Congress (MWC) 2022. Kali ini, syarikat tersebut telah melancarkan telefon pintar gaming Lenovo Legion Y90 yang paling ditunggu-tunggu oleh ramai orang. Berikut merupakan butiran mengenai Lenovo Legion Y90 yang baru dilancarkan.

    Legion Y90 yang baru dilancarkan dengan paparan besar E4 AMOLED 6.9 inci dengan resolusi 2460×1080 piksel dan kadar penyegaran 144Hz. Telefon pintar gaming ini dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8 Gen 1, dilengkapi dengan RAM 18GB dan storan 512GB manakala model atasan turut disertakan dengan SSD 128GB. 

    Dari segi kamera, Lenovo Legion Y90 menawarkan dwi-kamera dengan gabungan kamera utama 64MP dan lensa ultra lebar 13MP bersama flash LED. Ia mempunyai bateri 5,600mAh yang besar dengan sokongan pengecasan pantas 68W. Ia menyokong OTG, Wi-Fi 802.11ax, Bluetooth v5.2 dan dua port USB-C. 

    Selain itu, Lenovo turut melancarkan tablet gaming Lenovo Legion Y700 yang menampilkan paparan LCD 8.8 inci dengan kadar penyegaran 120Hz. Walaupun paparan mempunyai kecerahan puncak 500 nits, ia menyokong kandungan HDR10 dan teknologi DC Dimming. Tablet ini akan dikuasakan dengan cipset Snapdragon 870 yang akan disertakan sehingga RAM LPDDR5 12GB. 

    Tablet ini turut membawa kamera utama 13MP dan kamera swafoto 8MP. Lenovo Legion Y700 hadir dengan sokongan Wi-Fi 6, Bluetooth v5.1, port pengecasan USB-C, bateri 6,550mAh dengan pengecasan 45W dan mempunyai slot kad mikroSD. 

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...