Site icon TechNave BM

Lenovo Legion Y90 bakal dilancar, miliki skrin AMOLED 6.9″, RAM 18GB dan storan 640GB

Lenovo Legion Y90 dijangka akan membuat penampilan telefon gaming pada masa akan datang di mana imej dan spesifikasi telefon pintar gaming Legion Y90 telah didedahkan sejak bulan lepas. 

Menurut sumber terkini, Legion Y90 akan menggunakan skrin E4 AMOLED 6.9 inci 144 Hz dengan kadar pensampelan sentuhan 720 Hz. Ia dilengkapi dengan cipset Snapdragon 8 Gen 1 dan penyejukan cecair (liquid cooling) dwi-kipas. Ia dikatakan mempunyai RAM LPDDR5 18GB dan storan 640GB. Namun, kami tidak mendapat sebarang kepastian mengenai jumlah ruang storan tersedia dan dikembangkan.

Spesifikasi lain Lenovo Legion Y90 termasuk bateri 5,600 mAh, pengecasan 68W, motor linear dwi X-Axis, pembesar suara stereo Dolby Atmos dan kekunci bahu 2×2. Tiada sebarang maklumat lanjut mengenai pelancaran peranti bersama barisannya iaitu tablet Y700.

Sementara itu, kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Notebookcheck

Exit mobile version