More

    Tablet “gaming” Lenovo Legion Y700: Bakal dilengkapi SD 870 dan mod paparan ultra-lebar

    Selain telefon pintar gaming Legion baharu, Lenovo juga akan melancarkan tablet gaming Legion Y700 tidak lama lagi. Seorang eksekutif telah berkongsi lebih banyak maklumat mengenai tablet tersebut pada hari ini dalam catatan blognya di Weibo.

    Daripada situ, kami tahu bahawa tablet yang akan datang ini dilengkapi dengan dengan mod tontonan yang menarik dan cip yang akan digunakan. Pengurus produk Lenovo, Lin Lin, mengatakan bahawa tablet gaming Lenovo akan tiba dengan ciri bernama Mod Paparan Ultra-Lebar.

    Kebanyakan tablet datang dengan sama ada paparan nisbah 16:10 atau 16:9 begitu juga dengan Legion Y700. Oleh itu, mod ini akan membantu pengguna mendapatkan lebih banyak kandungan skrin dalam permainan MOBA terpilih seperti Honor of Kings dan League of Legends.

    Lin turut mendedahkan Legion Y700 akan dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 870. Khabar angin sebelum ini mengatakan bahawa tablet ini akan lebih besar sedikit berbanding Apple iPad mini Generasi Ke-6 dengan paparan 8.8 inci.

    Ia juga boleh membawakan resolusi 2560 × 1600 piksel, kadar penyegaran semula 120Hz, kadar pensampelan sentuhan 240Hz dan gamut warna 100% DCI-P3. Adakah anda teruja melihat tablet gaming Legion ini?

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...