Site icon TechNave BM

Lenovo mengacah telefon “gaming” Legion 2 Pro dengan ilustrasi sistem penyejukan

Dalam sebuah kiriman di Weibo, Lenovo telah memuat naik sebuah gambar yang mengacah tentang telefon seterusnya dalam jenama Lenovo Legion Phone Duel. Selain menunjukkan ilustrasi yang menunjukkan sepasang kipas penyejuk, pengurus awam Lenovo juga mengesahkan bahawa ia akan dinamakan Lenovo Legion 2 Pro.

Dua barisan teks pada ilustrasi tersebut boleh diterjemahkan sebagai, “Dua kipas penyejuk turbo yang boleh dilaraskan,” dan “Ribut yang baru semakin menghampiri, musnahkan segalanya.” Lenovo juga mengatakan ini bakal menjadi telefon pertama dengan sistem penyejukan dwi-turbo.

Poster yang dikongsi dalam Weibo

Lenovo mengesahkan bahawa Legion 2 Pro akan dilengkapi cipset andalan Qualcomm Snapdragon 888. Tarikh pelancarannya belum ditetapkan namun ia mungkin akan dilancar pada tempoh musim bunga, iaitu sekitar akhir bulan Mac sehingga bulan Jun.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version