Site icon TechNave BM

Lenovo Yoga Slim 7i Pro diumum: Skrin OLED 90Hz, pemproses Tiger Lake

Terkini, Lenovo telah mengumumkan model baharu dalam ahli keluarga Lenovo Yoga Slim 7 iaitu Lenovo Yoga Slim 7i Pro di pasaran. Komputer riba ini kini hadir dengan spesifikasi tinggi utama pada bahagian skrin.

Antara spesifikasi menarik pada varian Pro ini adalah spesifikasi skrin OLED 14 inci OLED yang menawarkan kadar segar semula 90Hz beresolusi 2800 x 1800. Menurut Lenovo, penawaran skrin ini memberi pengurangan terhadap pendedahan cahaya biru untuk perlindungan mata sehingga 70% berbanding skrin LCD. Anda boleh menyemak spesifikasi asasnya seperti di bawah.

Lenovo Yoga Slim 7i Pro varian skrin OLED setakat ini masih tidak dimaklumkan berkenaan kehadirannya di pasaran Malaysia. Harganya juga masih tidak dimaklumkan, namun tanda harganya bakal berbeza mengikut pasaran.

Anda boleh menyemak ulasan Lenovo Yoga Slim 7 dan Lenovo Yoga Slim 7i Carbon di pautan yang disediakan.

Adakah anda berminat dengan Lenovo Yoga Slim 7i Pro? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version