Site icon TechNave BM

LG Electronic kumpul rekod anugerah di CES 2020

Bersempena dengan pameran elektronik CES 2020, LG Electronics (LG) membawa pulang penghargaan paling banyak dari pakar industri di CES® – lebih daripada 150 penghargaan tahun ini, antaranya Anugerah Best TV of CES untuk tahun keenam berturut-turut. Anugerah tersebut merupakan program rasmi CES yang dijalankan oleh Engadget bagi pihak Persatuan Teknologi Pengguna. Ianya turut mengetengahkan TV LG CX siri OLED sebagai antara yang terbaik dari beribu-ribu TV baru yang dipamerkan di CES.

LG meneruskan penguasaannya dalam kategori TV LG siri OLED dengan memenangi 83 anugerah dan penghormatan dari pelbagai pakar industri. Dengan ciptaan yang moden, LG SIGNATURE OLED TV RX (model 65RX) telah dianugerahkan sebagai CES Best of Innovation Award oleh Persatuan Teknologi Pengguna.

Tim Alessi, Ketua Pemasaran Produk Hiburan Rumah di LG Electronics USA

Manakala LG SIGNATURE OLED ZX 8K dianugerahkan sebagai CTA Mark of Excellence Video Display Product of the Year. Untuk model LG TV NEXTGEN OLED yang dikuasakan oleh Advanced Television Systems Committee (ATSC) 3.0 turut menerima anugerah.

Model baru untuk mesin basuh LG ThinQ dengan AI DD menerima penghargaan tertinggi di antara peralatan rumah LG yang lain turut diiktiraf oleh USA Today and Newsweek. Peti Sejuk LG InstaView dengan keupayaan menghasilkan ketulan ais serta mengambil masa yang lama untuk ianya cair antara penampilan menarik turut menerima CTA Mark of Excellence Award, CES Innovation Award dan mendapat pengiktirafan dari Women’s Health.

Ketahui lebih lanjut mengenai berita menarik di CES 2020 dengan mengikuti Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Exit mobile version