More

    LG Electronic kumpul rekod anugerah di CES 2020

    Bersempena dengan pameran elektronik CES 2020, LG Electronics (LG) membawa pulang penghargaan paling banyak dari pakar industri di CESĀ® – lebih daripada 150 penghargaan tahun ini, antaranya Anugerah Best TV of CES untuk tahun keenam berturut-turut. Anugerah tersebut merupakan program rasmi CES yang dijalankan oleh Engadget bagi pihak Persatuan Teknologi Pengguna. Ianya turut mengetengahkan TV LG CX siri OLED sebagai antara yang terbaik dari beribu-ribu TV baru yang dipamerkan di CES.

    LG meneruskan penguasaannya dalam kategori TV LG siri OLED dengan memenangi 83 anugerah dan penghormatan dari pelbagai pakar industri. Dengan ciptaan yang moden, LG SIGNATURE OLED TV RX (model 65RX) telah dianugerahkan sebagai CES Best of Innovation Award oleh Persatuan Teknologi Pengguna.

    Tim Alessi, Ketua Pemasaran Produk Hiburan Rumah di LG Electronics USA

    Manakala LG SIGNATURE OLED ZX 8K dianugerahkan sebagai CTA Mark of Excellence Video Display Product of the Year. Untuk model LG TV NEXTGEN OLED yang dikuasakan oleh Advanced Television Systems Committee (ATSC) 3.0 turut menerima anugerah.

    Model baru untuk mesin basuh LG ThinQ dengan AI DD menerima penghargaan tertinggi di antara peralatan rumah LG yang lain turut diiktiraf oleh USA Today and Newsweek. Peti Sejuk LG InstaView dengan keupayaan menghasilkan ketulan aisĀ serta mengambil masa yang lama untuk ianya cair antara penampilan menarik turut menerima CTA Mark of Excellence Award, CES Innovation Award dan mendapat pengiktirafan dari Women’s Health.

    Ketahui lebih lanjut mengenai berita menarik di CES 2020 dengan mengikuti FacebookĀ kami dan teruskan bersamaĀ Rakan Teknologi Utama Malaysia.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured