Site icon TechNave BM

Mahkamah AS batalkan larangan dagangan terhadap Xiaomi

Hakim persekutuan Amerika Syarikat (AS) Judge Rudolph Contreras telah menghentikan Jabatan Pertahanan AS daripada menghalang para pelabur untuk membuat pelaburan dalam syarikat teknologi Xiaomi Corp. Ini membuatkan Xiaomi boleh meneruskan operasinya seperti biasa dalam negara itu. Keputusan mahkamah ini bersifat sementara dan akan dibicarakan lagi selepas ini.

Pada awal tahun, bekas presiden Donald Trump bertindak menyenarai hitamkan Xiaomi dan lapan lagi syarikat China kerana mereka dipercayai mempunyai hubungan dengan tentera China. Xiaomi bertindak memfailkan bantahan kepada Washington di atas larangan yang tidak sah di sisi undang-undang dan menegaskan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang kaitan dengan tentera China.

Contreras mengatakan Jabatan Pertahanan AS gagal membuktikan risiko keselamatan yang boleh ditimbulkan oleh Xiaomi. Syarikat China itu menghargai keputusan mahkamah AS dan berharap agar mereka akan dikeluarkan daripada senarai hitam kerajaan AS pada masa hadapan.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Reuters

Exit mobile version