Site icon TechNave BM

Makin ramai rakyat Indonesia beralih ke aplikasi pemesejan BiP untuk ganti WhatsApp

Walaupun WhatsApp sudah menjelaskan mengenai perubahan dan menangguh polisi baru yang membangkitkan kerisauan pengguna, namun masih terdapat pengguna yang cuba mencari alternatif untuk menggantikan aplikasi ini. Di Indonesia, aplikasi BiP kini mendapat perhatian pengguna.

Untuk pengetahuan anda, aplikasi pemesejan segera BiP adalah dari negara Islam Turki dan kini mendapat perhatian setelah disyorkan oleh Presiden Turki sendiri. Sumber telah mendapatkan reaksi dari beberapa rakyat Indonesia yang beralih ke aplikasi BiP.

Menurut pengguna BiP, aplikasi tersebut menawarkan pembentukan kumpulan perbualan dengan ahli sehingga 1,000 orang dan panggilan videonya juga berkualiti tinggi berbanding WhatsApp. Aplikasi ini turut dikatakan memiliki antara muka yang mudah untuk digunakan oleh pengguna baru.

Menurut Google Play Store, BiP kini telah dimuat turun oleh lebih 50 juta pengguna di seluruh dunia. Jadi, tidak mustahil jika aplikasi BiP selepas ini mendapat perhatian di negara Malaysia pula.

Terdahulu, kami telah menyenaraikan beberapa aplikasi pemesejan segera untuk anda pilih. Nampaknya, aplikasi BiP kini mungkin menjadi tambahan senarai aplikasi pemesejan untuk anda pilih.

Pernahkan anda menggunakan aplikasi BiP? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: AA

Exit mobile version