More

    Aplikasi pemesejan segera mana yang anda boleh guna untuk tahun 2021?

    Beberapa minggu yang lalu, WhatsApp telah mengemaskini polisi privasi untuk menggunakan beberapa bahagian data pengguna di Facebook. Bukan itu sahaja, jika anda tidak menyetujui polisi ini sebelum 15 Mei 2021, anda tidak akan dapat menggunakan WhatsApp dan kesemua servisnya, yang mana agak mengecewakan.

    Jika anda tidak bersetuju dengan polisi privasi baharu, terdapat alternatif lain selain dari WhatsApp yang anda boleh pertimbangkan. Antaranya adalah Signal, Telegram, WeChat, Facebook Messenger dan Line. Melalui artikel ini, kami akan menyatakan beberapa kelemahan atau kebaikan aplikasi-aplikasi pemesejan terpilih. Jadi, anda boleh memilih aplikasi pemesejan manakah yang sesuai dengan anda.

    WhatsApp

    WhatsApp ialah aplikasi pemesejan segera yang paling popular, tersedia untuk pengguna iOS dan Android. Ia kini memiliki lebih 2 bilion pengguna aktif di seluruh dunia. Ciri platform seperti penyulitan hujung ke hujung (end-to-end encryption) untuk teks, video dan audio memastikan kandungan mesej anda selamat daripada terdedah kepada sumber lain.

    Terdapat versi web untuk WhatsApp, tetapi anda hanya boleh mempunyai satu sesi aktif aplikasi pada satu masa. Log masuk ke dalam komputer lain akan membatalkan log masuk pada komputer lepas yang berbeza. Anda juga boleh menghantar fail sebesar 16MB, yang mana bagus untuk dokumen, tetapi bukan untuk fail video berkualiti tinggi. WhatsApp juga membenarkan kumpulan perbualan (group chat) dengan sehingga 256 ahli yang mana sudah lebih dari cukup untuk sebuah kelas.

    Telegram

    Sementara Telegram hadir dengan banyak ciri yang tidak ada pada WhatsApp, ia juga hadir dengan ciri pemadaman mesej sendiri, bot berintegrasi, game dan banyak lagi. Tambahan pula, pengguna boleh mencipta kumpulan sehingga 200,000 ahli.

    Menguruskan ahli yang ramai bukan tugas yang mudah. Oleh itu, Telegram juga membenarkan anda mencipta kumpulan perbualan satu hala. Saluran atau channel ini membenarkan anda menyiarkan mesej kepada pengguna lain. Anda boleh menghantar dan menerima fail yang bersaiz sehingga 2GB, yang biasanya sudah lebih dari cukup.

    Bukan itu sahaja, pelekat beranimasi di Telegram adalah menarik dan oleh digunakan di pelayar juga! Tidak seperti WhatsApp, Telegram cuma menggunakan penyulitan hujung ke hujung untuk penghantaran mesej melalui Secret Chat sahaja. Mesej di luar Secret Chat memiliki penyulitan di bawah Klien-Pelayan.

    Signal

    Tidak seperti WhatsApp dan Telegram, Signal tidak mempunyai klien web. Hal ini bermakna interaksi dilakukan secara eksklusif di telefon pintar anda. Ia membenarkan pengguna menghantar kandungan sehingga 100MB bergantung kepada jenis fail dan hadir dengan pemadaman mesej sendiri (self-destructing).

    "
    "

    Signal sedikit lemah dari segi cirinya. Contohnya, ia cuma boleh menyokong 1000 ahli dalam setiap kumpulan dan hanya sehingga 5 pengguna untuk panggilan audio atau video. Namun, ia turut berasaskan penyulitan hujung ke hujung yang paling selamat seperti WhatsApp dan Google Allo. Signal juga tidak menyimpan data anda di awan.

    Line

    Aplikasi ini kebanyakannya digunakan di Jepun dan Korea. Line ialah aplikasi pemesejan yang juga berasaskan penyulitan hujung ke hujung. Bukan itu sahaja, ia hadir dengan pelbagai pelekat comel seperti rakan LINE. Ia mempunyai koleksi maskot yang banyak seperti Moon, Brown, James. Cony dan banyak lagi.

    Selain itu, Line berfungsi sebagai SuperApp, membenarkan pengguna membuat pembayaran, menempah pengangkutan atau menempah makanan melalui perkhidmatan penghantaran mereka. Malangnya, beberapa ciri ini tidak tersedia di Malaysia, hanya di beberapa negara lain seperti Jepun.

    WeChat

    Akhir sekali, WeChat; aplikasi semua dalam satu yang banyak digunakan di China, WeChat mempunyai banyak ciri yang diperlukan sebagai aplikasi pemesejan segera. Ia juga mempunyai ciri tambahan seperti e-dompet yang membenarkan anda menempah makanan, membeli tiket penerbangan dan banyak lagi.

    Memandangan ia dibangunkan di China, kerajaan China mempunyai akses penuh terhadap panggilan, teks, gambar dan video yang dihantar atau diterima melalui aplikasi tersebut. Satu lagi kekurangan adalah kebanyakan cirinya hanya eksklusif untuk pengguna di China. Dalam erti kata lain, pengguna di negara lain mungkin tidak dapat menikmati kesemua tawaran aplikasi.

    Melalui senarai aplikasi pemesejan popular di atas, aplikasi manakah yang anda sedang guna dan menjadi pilihan anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured