Site icon TechNave BM

Markah AnTuTu Black Shark 4 tunjukkan markah tertinggi untuk telefon Snapdragon 888

Selepas mengesahkan pelancaran Black Shark 4 dalam masa terdekat, CEO Black Shark Luo Yuzhou telah berkongsi markah penanda aras AnTuTu untuk telefon tersebut, di mana ia berjaya mencapai 780,000 mata. Ini membuatkan Black Shark 4 telefon Snapdragon 888 yang mendapat markah tertinggi dalam AnTuTu setakat ini.

Telefon itu sudah pun disahkan akan dilengkapi bateri 4,500mAh dan pengecasan pantas 120W yang boleh mengecas penuh selama 15 minit, membuatkannya telefon Snapdragon 888 dengan pengecasan terpantas setakat ini.

Sebagai rujukan, telefon pertama yang dilengkapi Snapdragon 888 iaitu Mi 11 mempunyai markah AnTuTu sebanyak 708,425. Memandangkan masih banyak lagi telefon Snapdragon 888 yang belum diumum, kita boleh jangkakan telefon-telefon tersebut untuk mempunyai markah yang serupa dengan Black Shark 4.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version