Site icon TechNave BM

Kerjasama Maxis, HUAWEI sasar teknologi 5.5G digunakan secara komersial di Malaysia

Maxis dan HUAWEI Malaysia telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk bekerjasama dalam program bagi mempercepatkan penerimagunaan 5G-Advanced (5.5G) bertempat di Mobile World Congress 2024. Kerjasama ini merangkumi pelbagai bidang untuk memacu pengkomersialan dan penggunaan 5.5G.

Selain itu, Maxis dan HUAWEI akan turut menampilkan kelebihan 5.5G hujung ke hujung melalui percubaan dan pengujian teknologi termasuk kebolehsesuaian, keselamatan dan keteguhan. Mereka juga akan mengkaji evolusi spektrum dan teknologi masa depan berkenaan 5.5G bagi memberi cadangan sejajar dengan perniagaan dan kesediaan ekosistem.

Langkah ini akan diselaraskan dengan polisi Kerajaan Malaysia. Baru-baru ini, kedua-dua syarikat telah memperlihatkan pameran percubaan teknologi 5.5G atau 5G-Advanced yang pertama di Malaysia dan Asia Tenggara.

Percubaan tersebut termasuk ujian kelajuan langsung pengguna tunggal untuk menunjukkan keupayaan 5.5G mencapai kelajuan puncak ultra pantas sehingga 8Gbps. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version