More

    Maxis memperlihatkan rangkaian “5.5G”, tawarkan internet dengan kelajuan 8Gbps

    Pada hari ini, Maxis dengan kerjasama HUAWEI telah memperkenalkan percubaan teknologi 5G-Advanced pertama di Malaysia dan Asia Tenggara, yang menawarkan kelajuan internet mudah alih yang jauh lebih laju daripada internet 5G sedia ada.

    5G-Advanced yang turut dinamakan “5.5G”, menjanjikan kelajuan internet mudah alih sehingga 8Gbps, atau 10 kali ganda lebih pantas daripada 5G konvensional.

    Bagi menunjukkan kebolehan dan faedah yang boleh dinikmati dengan 5.5G, Maxis menganjurkan pameran 5G-Advanced Trial Showcase yang mendemonstrasikan pelbagai kegunaan daripada internet ultra-laju seperti penyiaran langsung dengan kependaman (latency) rendah, penstriman kandungan 3D secara langsung dan pengalaman realiti tambahan (AR) yang mendalam.

    Pameran tersebut diadakan di KLCC The Place sebagai lokasi pertama yang menjadi hos kepada percubaan teknologi 5.5G. Ia dirasmikan oleh Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil, dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

    Dengan 5.5G, ia memberikan keupayaan canggih yang menyokong pendigitalan, automasi dan Internet Pelbagai Benda (IoT) dalam pelbagai sektor seperti pembuatan mewah, automotif, pengangkutan pintar, komunikasi visual 3D dan realiti lanjutan (XR).

    Buat masa ini, pihak Maxis masih belum menyatakan bilakah teknologi 5.5G akan disediakan untuk para pengguna awam.

    Jika anda ingin alami sendiri faedah yang ditawarkan oleh 5.5G, anda boleh hadir ke pameran 5G-Advanced Trial Showcase di KLCC The Place pada 22 Februari (3pm hingga 10pm) atau 23 Februari (10am hingga 10pm).

    Beritahu pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured