Site icon TechNave BM

Maxis kini aktifkan perkhidmatan perayauan antarabangsa ke Timor-Leste

Maxis hari ini mengumumkan pengaktifan perkhidmatan perayauan antarabangsa di Timor-Leste yang membolehkan pelanggan Maxis dan Hotlink menikmati akses data, panggilan dan SMS melalui semua pas perayauan yang berkaitan.

Langkah ini menyusul penyertaan rasmi Timor-Leste sebagai anggota ke-11 ASEAN dan Maxis mengambil peluang untuk meluaskan lagi jangkauan perkhidmatannya di rantau ini. Berikut ialah Pas Perayauan Maxis dan Hotlink di Timor-Leste:

JenamaJenis PasHarga (RM)TempohKandungan Pas
MaxisPas Harian ASEAN291 hari500MB data, panggilan & SMS
Pas Mingguan ASEAN997 hari2GB data, panggilan & SMS
Pas Bulanan ASEAN29930 hari6GB data, panggilan & SMS
HotlinkPas Harian ASEAN251 hari500MB data, panggilan & SMS
Pas Mingguan ASEAN997 hari2GB data, panggilan & SMS
Pas Bulanan ASEAN29930 hari6GB data, panggilan & SMS

Pelanggan boleh mengaktifkan pas perayauan melalui aplikasi Maxis atau Hotlink atau melayari laman rasmi untuk maklumat lanjut. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version