Maxis hari ini mengumumkan pengaktifan perkhidmatan perayauan antarabangsa di Timor-Leste yang membolehkan pelanggan Maxis dan Hotlink menikmati akses data, panggilan dan SMS melalui semua pas perayauan yang berkaitan.
Langkah ini menyusul penyertaan rasmi Timor-Leste sebagai anggota ke-11 ASEAN dan Maxis mengambil peluang untuk meluaskan lagi jangkauan perkhidmatannya di rantau ini. Berikut ialah Pas Perayauan Maxis dan Hotlink di Timor-Leste:
| Jenama | Jenis Pas | Harga (RM) | Tempoh | Kandungan Pas |
|---|---|---|---|---|
| Maxis | Pas Harian ASEAN | 29 | 1 hari | 500MB data, panggilan & SMS |
| Pas Mingguan ASEAN | 99 | 7 hari | 2GB data, panggilan & SMS | |
| Pas Bulanan ASEAN | 299 | 30 hari | 6GB data, panggilan & SMS | |
| Hotlink | Pas Harian ASEAN | 25 | 1 hari | 500MB data, panggilan & SMS |
| Pas Mingguan ASEAN | 99 | 7 hari | 2GB data, panggilan & SMS | |
| Pas Bulanan ASEAN | 299 | 30 hari | 6GB data, panggilan & SMS |
Pelanggan boleh mengaktifkan pas perayauan melalui aplikasi Maxis atau Hotlink atau melayari laman rasmi untuk maklumat lanjut. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.






