Site icon TechNave BM

MCMC sekat sementara akses Grok AI di Malaysia kerana kandungan lucah, berbahaya

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini mengumumkan sekatan sementara ke atas akses kepada kecerdasan buatan (AI) Grok bagi semua pengguna di Malaysia berkuat kuasa serta-merta mulai 11 Januari 2026.

Menurut kenyataan rasmi MCMC, tindakan tegas ini diambil susulan penyalahgunaan berulang Grok untuk menjana kandungan tidak senonoh termasuk:

MCMC menegaskan bahawa sekatan ini merupakan langkah pencegahan dan proporsional selepas X Corp (syarikat induk platform X) dan xAI LLC (pembangun Grok) gagal melaksanakan langkah perlindungan yang berkesan walaupun telah diberi beberapa notis rasmi.

Kronologi utama berdasarkan kenyataan MCMC:

Sekatan akses kepada Grok akan kekal dikuatkuasakan sehingga X Corp dan xAI melaksanakan langkah perlindungan yang benar-benar efektif khususnya bagi mencegah penghasilan kandungan yang melibatkan wanita dan kanak-kanak.

MCMC turut menasihatkan orang ramai supaya segera melaporkan sebarang kandungan berbahaya dalam talian kepada pihak mereka, dan jika perlu, membuat laporan polis kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pihak MCMC tetap terbuka untuk berbincang dengan X Corp dan xAI, tetapi hanya dengan syarat ada pematuhan yang jelas dan boleh dibuktikan terhadap undang-undang Malaysia.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: X MCMC

Exit mobile version