More

    MCMC sekat sementara akses Grok AI di Malaysia kerana kandungan lucah, berbahaya

    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini mengumumkan sekatan sementara ke atas akses kepada kecerdasan buatan (AI) Grok bagi semua pengguna di Malaysia berkuat kuasa serta-merta mulai 11 Januari 2026.

    Menurut kenyataan rasmi MCMC, tindakan tegas ini diambil susulan penyalahgunaan berulang Grok untuk menjana kandungan tidak senonoh termasuk:

    • Kandungan lucah dan seksual eksplisit
    • Kandungan jelik melampau
    • Imej manipulasi tanpa persetujuan (deepfake)
    • Kandungan yang melibatkan wanita dan kanak-kanak

    MCMC menegaskan bahawa sekatan ini merupakan langkah pencegahan dan proporsional selepas X Corp (syarikat induk platform X) dan xAI LLC (pembangun Grok) gagal melaksanakan langkah perlindungan yang berkesan walaupun telah diberi beberapa notis rasmi.

    Kronologi utama berdasarkan kenyataan MCMC:

    • 3 Januari 2026 – Notis pertama dikeluarkan kepada X Corp dan xAI LLC menuntut pelaksanaan perlindungan teknikal serta penyeliaan kandungan
    • 8 Januari 2026 – Notis kedua dikeluarkan
    • 7 dan 9 Januari 2026 – Maklum balas daripada X Corp diterima, tetapi hanya menumpukan kepada mekanisme laporan pengguna sahaja tanpa menangani risiko asas dari reka bentuk AI itu sendiri
    • 11 Januari 2026 – Sekatan sementara dikuatkuasakan

    Sekatan akses kepada Grok akan kekal dikuatkuasakan sehingga X Corp dan xAI melaksanakan langkah perlindungan yang benar-benar efektif khususnya bagi mencegah penghasilan kandungan yang melibatkan wanita dan kanak-kanak.

    MCMC turut menasihatkan orang ramai supaya segera melaporkan sebarang kandungan berbahaya dalam talian kepada pihak mereka, dan jika perlu, membuat laporan polis kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pihak MCMC tetap terbuka untuk berbincang dengan X Corp dan xAI, tetapi hanya dengan syarat ada pematuhan yang jelas dan boleh dibuktikan terhadap undang-undang Malaysia.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: X MCMC

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured