Site icon TechNave BM

MediaTek Helio G85 adalah cipset ‘gaming’ yang mampu mengalahkan Snapdragon 665

MediaTek kini telah melancarkan ahli terbaru siri Helio G mereka, MediaTek Helio G85. Untuk pengetahuan anda, cipset ini hadir pada Redmi Note 9 yang baru sahaja diumumkan.

Pengguna teknologi telah menjadikan beberapa spesifikasi sebagai penanda aras untuk mendapatkan telefon pintar. Bermula dengan reka bentuk sehinggalah ke ciri teknologi asas, spesifikasi pilihan perlu menepati citarasa peminat teknologi. Turut menjadi tanda ukur ialah cipset. Cipset gaming kini semakin dicari oleh pengguna gajet untuk memastikan kelancaran telefon pintar. MediaTek Helio G85 diperkenalkan sebagai cipset gaming yang lebih berpatutan.

Setakat ini, MediaTek Helio G85 (12nm) dilaporkan memiliki 2x Cortex A75 dengan kelajuan sehingga 2.0GHz dan 6x teras Cortex-A55 pada kelajuan 1.85GHz. Turut diketahui adalah kelajuan GPU Mali G52 MC2 pada 1000MHz berbanding cipset sebelumnya Helio G80 yang ada pada realme 6i dengan kelajuan GPU 950MHz. Apa pun, prestasi kedua-dua cipset ini dijangkakan lebih kurang sama baik setakat ini.

Jika melihat pada gambar di atas, Helio G85 menjangkaui Exynos 9611 dan Snapdragon 665. Secara ringkasnya, perbezaan Helio G80 dan G85 adalah sedikit sahaja. Menurut kami, Helio G80 sudah cukup baik prestasinya.

Apakah pandangan anda pula? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version