(Video ‘Unboxing’) realme 6i dengan cipset ‘gaming’ Helio G80 yang memuaskan!

realme Malaysia telah melancarkan realme 6i, sebuah telefon kelas pertengahan pada harga RM699 (3GB+64GB) dan RM899 (4GB+128GB). Telefon pintar kelas pertengahan ini merupakan telefon pertama dalam dunia yang dijana oleh cipset MediaTek Helio G80 yang mempunyai prestasi 17% lebih baik daripada generasi sebelumnya.

realme 6i juga dilengkapi bateri yang sangat besar, iaitu 5,000mAh. Malah, ini adalah bateri yang paling besar dalam semua barisan produk realme. Ia juga dilengkapi pengecasan pantas 18W Quick Charge. Apakah spesifikasi baik yang ditawarkan melalui harga berpatutan ini? Jom telusuri nyahkotak realme 6i yang baru sahaja mendarat di Malaysia ini.

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia dan ikuti kami di saluran YouTube TechNave BM untuk lebih video gajet terkini yang dibawakan khas untuk anda!