Site icon TechNave BM

MediaTek lancar Dimensity 7100 dengan sokongan kamera 200MP dan skrin 120Hz

MediaTek secara senyap telah memperkenalkan cipset terbaharunya iaitu Dimensity 7100 yang dijangka menjadi pengganti kepada Dimensity 7050. Cipset ini hadir dengan CPU lapan teras yang merangkumi empat teras Arm Cortex-A78 dengan kelajuan sehingga 2.4GHz dan empat teras Cortex-A55 sehingga 2GHz.

Ia digandingkan dengan GPU Mali-G610 MC2 untuk pemprosesan grafik. Untuk sokongan memori dan storan, Dimensity 7100 menyokong RAM LPDDR5 dengan kelajuan sehingga 5,500Mbps serta LPDDR4x sehingga 4,266Mbps selain storan UFS 3.1. Cipset ini turut menyokong kamera dengan resolusi maksimum 200MP.

Untuk paparan, Dimensity 7100 mampu menyokong resolusi sehingga 1200 × 2600 piksel serta kadar segar semula sehingga 120Hz. Ia turut dilengkapi modem 5G dengan sokongan dwi-SIM 5G dan kelajuan muat turun maksimum sehingga 3.3Gbps.

Selain itu, ia menyokong Wi-Fi 6, Bluetooth 5.4 dan pelbagai sistem navigasi satelit termasuk GPS, BeiDou, GLONASS, Galileo, QZSS serta NavIC. Peranti pertama yang dijangka menggunakan Dimensity 7100 ialah Infinix Note Edge dan Tecno Pova Curve 2.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: MediaTek

Exit mobile version