Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan WhatsApp, merancang membina kabel dasar laut gentian optik sepanjang 40,000 kilometer dengan pelaburan lebih $10 bilion (~RM44.4 bilion). Kabel ini akan menjadikan Meta pemilik dan pengguna tunggal untuk mengawal infrastrukturnya sendiri.
Projek ini akan membentuk laluan berbentuk “W” yang menghubungkan Amerika Syarikat ke India melalui Afrika Selatan dan kembali ke Amerika melalui Australia. Kabel ini direka untuk mengelakkan kawasan konflik geopolitik seperti Laut Merah dan Selat Malaka bagi memastikan kestabilan operasi data.
India yang merupakan pasaran terbesar Meta dengan lebih 375 juta pengguna Facebook dan 536 juta pengguna WhatsApp dijangka memainkan peranan penting. Kabel ini berpotensi menyokong pusat data dan infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di negara itu dan memanfaatkan kos yang lebih rendah serta potensi pertumbuhan tinggi.
Meta dijangka mengumumkan butiran lanjut projek ini pada awal 2025. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Tech Crunch

