More

    Meta rancang bina kabel dasar laut sepanjang 40,000 kilometer dengan kos ~RM44.4 bilion

    Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan WhatsApp, merancang membina kabel dasar laut gentian optik sepanjang 40,000 kilometer dengan pelaburan lebih $10 bilion (~RM44.4 bilion). Kabel ini akan menjadikan Meta pemilik dan pengguna tunggal untuk mengawal infrastrukturnya sendiri.

    Projek ini akan membentuk laluan berbentuk “W” yang menghubungkan Amerika Syarikat ke India melalui Afrika Selatan dan kembali ke Amerika melalui Australia. Kabel ini direka untuk mengelakkan kawasan konflik geopolitik seperti Laut Merah dan Selat Malaka bagi memastikan kestabilan operasi data.

    India yang merupakan pasaran terbesar Meta dengan lebih 375 juta pengguna Facebook dan 536 juta pengguna WhatsApp dijangka memainkan peranan penting. Kabel ini berpotensi menyokong pusat data dan infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di negara itu dan memanfaatkan kos yang lebih rendah serta potensi pertumbuhan tinggi.

    Meta dijangka mengumumkan butiran lanjut projek ini pada awal 2025. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Tech Crunch

     

    Artikel Terkini

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured