Site icon TechNave BM

Mi Mix Fold 2 mungkin akan dilancar pada hujung tahun, dilengkapi skrin lebih kukuh

Xiaomi telah memperkenalkan telefon pintar lipat Mi Mix Fold pada bulan Mac lalu dan menampilkan harga yang sangat murah untuk sebuah telefon lipat. Kini terdapat laporan mengatakan bahawa Xiaomi mungkin sedang mengusahakan sebuah lagi pelancaran telefon lipat pada akhir tahun ini.

Menurut pengkhabar berita teknologi Digital Chat Station, telefon yang mungkin digelar Mi Mix Fold 2 itu bakal diperkenalkan pada suku keempat 2021 dan dilengkapi skrin yang lebih kukuh berbanding telefon sebelum ini yang dilengkapi skrin plastik sahaja. Ia mungkin adalah skrin OLED 120Hz yang dibuat dengan teknologi Ultra Thin Glass (UTG) oleh Samsung.

UTG merupakan bahan sama yang terdapat pada skrin Samsung Galaxy Z Fold2. Samsung sudah pun mengumumkan bahawa mereka akan menjual teknologi UTG kepada syarikat-syarikat lain namun masih tidak pasti jika Xiaomi adalah salah satu daripada pembelinya.

Mix Fold 2 akan turut dilengkapi cipset Snapdragon 888, kamera utama 108MP dengan teknologi Liquid Lens, bateri 5,000mAh, skrin luaran 90Hz dan kamera swafoto yang berada di bawah skrin. Setakat ini masih tiada maklumat rasmi tentang peranti tersebut.

Kongsi pendapat anda tentang khabar ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BGR

Exit mobile version