More

    Mi Mix Fold 2 mungkin akan dilancar pada hujung tahun, dilengkapi skrin lebih kukuh

    Xiaomi telah memperkenalkan telefon pintar lipat Mi Mix Fold pada bulan Mac lalu dan menampilkan harga yang sangat murah untuk sebuah telefon lipat. Kini terdapat laporan mengatakan bahawa Xiaomi mungkin sedang mengusahakan sebuah lagi pelancaran telefon lipat pada akhir tahun ini.

    Menurut pengkhabar berita teknologi Digital Chat Station, telefon yang mungkin digelar Mi Mix Fold 2 itu bakal diperkenalkan pada suku keempat 2021 dan dilengkapi skrin yang lebih kukuh berbanding telefon sebelum ini yang dilengkapi skrin plastik sahaja. Ia mungkin adalah skrin OLED 120Hz yang dibuat dengan teknologi Ultra Thin Glass (UTG) oleh Samsung.

    UTG merupakan bahan sama yang terdapat pada skrin Samsung Galaxy Z Fold2. Samsung sudah pun mengumumkan bahawa mereka akan menjual teknologi UTG kepada syarikat-syarikat lain namun masih tidak pasti jika Xiaomi adalah salah satu daripada pembelinya.

    Mix Fold 2 akan turut dilengkapi cipset Snapdragon 888, kamera utama 108MP dengan teknologi Liquid Lens, bateri 5,000mAh, skrin luaran 90Hz dan kamera swafoto yang berada di bawah skrin. Setakat ini masih tiada maklumat rasmi tentang peranti tersebut.

    Kongsi pendapat anda tentang khabar ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BGR

     

    Artikel Terkini

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Siri Xiaomi 18 Pro dilancar: SD 8 Elite Gen 6, dwi-kamera Leica 200MP dan...

    Xiaomi melancarkan siri peranti mercu baharu di China menerusi model Xiaomi 18 Pro dan Xiaomi 18 Pro Max. Kedua-dua telefon pintar ini...

    OPPO Find X10 Pro Max tiba sebagai telefon pertama di dunia dengan tiga kamera...

    OPPO secara rasmi memperkenal peranti mercu terbaharu Find X10 Pro Max yang dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9600 Pro. Sistem kamera...

    MediaTek umum Dimensity CX C10 Max, cip 3nm pertama khas untuk Googlebook

    MediaTek melancarkan pemproses baharu Dimensity CX C10 Max yang merupakan cip pertama di bawah siri siri Compute Experience (CX). Pemproses ini dibina...

    vivo OriginOS 7 dilancar dengan prestasi lancar hingga 72 bulan!

    vivo secara rasmi memperkenalkan sistem operasi OriginOS 7 yang direka untuk mengekalkan prestasi lancar menerusi ujian anti-penuaan makmal selama 72 bulan. Sistem...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured