Site icon TechNave BM

Mi Mix Fold dilancar: Telefon lipat pertama Xiaomi dengan skrin AMOLED, RAM 16GB bermula ~RM6,319

Xiaomi hari ini telah melancarkan telefon pintar lipat pertama iaitu Xiaomi Mi Mix Fold yang lengkap dengan dua skrin AMOLED dan peranti pertama daripada syarikat itu yang dilengkapi RAM setinggi 16GB. Seperti peranti Xiaomi yang lain, daya tarikan Mi Mix Fold adalah harganya yang lebih murah berbanding telefon lipat lain dalam pasaran.

Telefon ini akan dilengkapi cipset andalan Snapdragon 888 5G. Daripada segi kamera, ia bakal menjadi telefon pertama yang dilengkapi sensor imej buatan Xiaomi iaitu Surge C1. Kameranya terdiri daripada kamera utama 108MP, kamera ultra-lebar 13MP dan kamera telefoto 8MP. Xiaomi mengatakan kamera telefoto 8MP mempunyai lensa cecair (liquid lens) yang boleh berubah fungsi di antara zum 30x atau mod makro.

Berikut merupakan spesifikasi penuh untuk Mi Mix Fold:

Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Mi Mix Fold dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version