More

    Mi Mix Fold dilancar: Telefon lipat pertama Xiaomi dengan skrin AMOLED, RAM 16GB bermula ~RM6,319

    Xiaomi hari ini telah melancarkan telefon pintar lipat pertama iaitu Xiaomi Mi Mix Fold yang lengkap dengan dua skrin AMOLED dan peranti pertama daripada syarikat itu yang dilengkapi RAM setinggi 16GB. Seperti peranti Xiaomi yang lain, daya tarikan Mi Mix Fold adalah harganya yang lebih murah berbanding telefon lipat lain dalam pasaran.

    Telefon ini akan dilengkapi cipset andalan Snapdragon 888 5G. Daripada segi kamera, ia bakal menjadi telefon pertama yang dilengkapi sensor imej buatan Xiaomi iaitu Surge C1. Kameranya terdiri daripada kamera utama 108MP, kamera ultra-lebar 13MP dan kamera telefoto 8MP. Xiaomi mengatakan kamera telefoto 8MP mempunyai lensa cecair (liquid lens) yang boleh berubah fungsi di antara zum 30x atau mod makro.

    Berikut merupakan spesifikasi penuh untuk Mi Mix Fold:

    • Cipset Snapdragon 888 5G
    • Skrin utama AMOLED 8.01 inci dengan resolusi 2K (2480×1860), sokongan warna Dolby Vision dan HDR10+
    • Skrin kedua AMOLED 90Hz 6.52 inci dengan resolusi 2520×840, sokongan warna Dolby Vision
    • RAM 12GB atau 16GB
    • Storan 256GB atau 512GB
    • Kamera utama 108MP, kamera ultra lebar 13MP dengan sudut penglihatan 123 darjah + kamera telefoto 8MP dengan zum 30x
    • Bateri 5,020mAh
    • Pengecasan pantas 67W
    • Empat pembesar suara yang ditala oleh Harman Kardon
    • Harga:
      • 12GB+256GB: CNY9,999 (~RM6,319)
      • 12GB+512GB: CNY10,999 (~RM6,951)
      • 16GB+512GB: CNY12,999 (~RM8,215)

    Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Mi Mix Fold dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured