Site icon TechNave BM

Mod gelap Facebook bakal hadir untuk pengguna Android dan iOS

Terdapat dua jenis manusia di atas muka bumi ini, yang menggunakan mod biasa atau mod gelap. Berita gembira untuk warganet yang gemarkan mod gelap, anda kini boleh menatal Facebook dengan mod tersebut;

Mod gelap yang kini semakin popular dalam kalangan pengguna gajet kini meluaskan arenanya di Facebook. Terdahulu, WhatsApp dan Facebook versi komputer turut mengaplikasikan mod gelap ini. Setakat ini,Menurut sumber, pengguna boleh menggunakannya dengan mengaktifkan mod gelap di tetapan aplikasi Facebook. Anda boleh melihat contoh aplikasi Facebook dengan mod gelap melalui gambar di bawah.

Apa pun, kami masih tiada maklumat mengenai ketersediaan sepenuhnya mod gelap ini untuk orang awam. Apa yang kami jangka adalah ia bakal hadir dalam masa terdekat untuk pengguna iOS dan Android. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version