More

    Pengguna iOS dan Android kini boleh menggunakan Whatsapp secara ‘Dark Mode’

    Mod gelap kini menjadi trend dalam kalangan aplikasi-aplikasi. Tidak ketinggalan, WhatsApp mengumumkan bahawa aplikasinya untuk peranti iOS atau Android kini boleh menggunakan mod gelap (dark mode).

    Terdahulu, WhatsApp telah menjalankan ujian beta dimulai dengan pengguna Android dan seterusnya iOS. Namun, seperti yang kita sudah sedia maklum, tidak semua pengguna boleh menggunakan versi beta ini. Seusai program beta ini, kini kesemua pengguna boleh menikmati pengalaman bersosial melalui WhatsApp dengan mod gelap.

    Apa pun, pengguna peranti Apple boleh menggunakan mod gelap ini hanya jika peranti anda dioperasikan oleh iOS 13. Untuk pengguna Android yang telah dioperasikan oleh Android 10, WhatsApp akan turut menggunakan mod gelap jika anda menetapkan sistem peranti anda pada tema gelap. Untuk Android 9 dan versi sebelumnya, anda boleh mengaktifkan mod gelap ini di tetapan WhatsApp (WhatsApp Settings > Chats > Theme > pilih ‘Dark’) .

    Sudahkah anda mencubanya? Beritahu pengalaman anda di laman Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita aplikasi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...