Site icon TechNave BM

Motorola e40 dilancar di Malaysia: Tri-kamera 48MP, bateri 5,000mAh berharga RM599

Hari ini, Motorola telah melancarkan telefon pintar terbarunya Motorola Edge 20 Pro dan Motorola e40 yang boleh didapati di kedai eksklusif Lenovo dan kedai rasmi Lenovo di Shopee dan Lazada sepanjang bulan November. Pelanggan akan mendapat diskaun RM50 untuk pembelian Motorola e40 (Carbon Grey) yang berharga RM599 dari 8 November hingga 31 Disember 2021.

Motorola e40 hadir dengan kadar penyegaran semula 90Hz dan reka bentuk lubang tebuk (punch-hole) pada paparan IPS LCD HD+ 6.5”. Ia menggunakan sistem tri-kamera 48MP dengan teknologi Quad Pixel memberikan anda sensitiviti cahaya malap 4x yang boleh digunakan dalam sebarang cahaya dan dari mana-mana sudut. Sensor kedalaman kamera berfungsi untuk mengaburkan latar belakang untuk tangkapan potret manakala kamera Macro Vision membawa anda 4x lebih dekat dengan subjek butiran kecil.

Ia menggunakan bateri 5,000mAh yang boleh bertahan sehingga 40 jam dengan sekali cas dan cipset okta-teras Unisoc T700. Motorola e40 juga dilengkapi dengan RAM 4GB dan storan 64GB yang boleh dikembangkan sehingga 1TB menggunakan kad mikroSD. Pengguna boleh menyimpan segala data dan nikmati pengalaman permainan dengan lancar. 

Lawati Facebook Motorola untuk tahu lebih lanjut mengenai telefon pintar baharu ini. Beri pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version