Site icon TechNave BM

Telefon pertama dengan cipset Snapdragon 8 Gen 1: Motorola Edge X30 bakal dilancar 9 Disember ini

Baru-baru ini, Qualcomm secara rasmi telah mengumumkan cipset terbaharunya. Snapdragon 8 Gen 1 adalah cipset bersaiz 4nm pertama untuk pembuat cip itu untuk telefon pintar dan Motorola telah mengesahkan bahawa Motorola Edge X30 akan menjadi telefon pertama yang bakal menggunakannya.

Motorola mengesahkan kenyataan itu melalui Weibo dan mengatakan Edge X30 akan diumumkan pada acara pelancaran di China pada 9 Disember ini. Pensijilan 3C mendedahkan Motorola Edge X30 (XT2201-2) akan menyokong pengecasan 68.2W untuk bateri berkapasiti 5,000 mAh.

Terdapat beberapa maklumat tertiris yang menunjukkan skrin rata AMOLED HDR10+ 6.67 inci dengan segar semula skrin 144Hz dan lubang tebuk (punch hole) kamera swafoto 60MP. Tiga kamera yang ditunjukkan mungkin terdiri daripada kamera utama 50MP, ultra lebar 50MP dan sensor kedalaman 2MP.

Beberapa hari lalu, Pengurus Besar Lenovo telah mengacah dengan mengatakan bahawa mereka sudah menerima telefon tersebut dan membuatkan peminat bertambah teruja. Terdapat khabar angin Edge 30 Ultra dan Edge X30 bakal dilancar. Apa-apa pun kami masih belum menerima maklumat rasmi tentang varian yang bakal dilancarkan.

Beri pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version