Site icon TechNave BM

Motorola Frontier mungkin dilancar pada Julai 2022, miliki cipset SD 8 Gen 1+ & skrin pOLED 6.67″

Telefon Android andalan 2022 iaitu Motorola Frontier dijangka akan dilengkapi cipset Snapdragon 8 Gen 1 Plus bersama sensor kamera 200MP ISOCELL HP1 Samsung. Kini, imej pertama untuk telefon tersebut telah didedahkan oleh sumber dari China.

Motorola Frontier akan hadir dengan bonggol kamera yang besar di bahagian belakangnya, membawakan sensor 200MP HP1 dengan penstabilan imej optikal (OIS) dan apertur f/2.2. Menurut butiran yang diberikan oleh Samsung, sensor 200MP ini boleh berfungsi sebagai beberapa sensor berbeza melalui algoritma remosaicing.

Samsung HP1 melakukan binning 2×2 piksel yang menghasilkan resolusi 50MP dengan saiz piksel 1.28µm. Terdapat juga mod binning 4×4 dengan sensor 16 piksel yang digunakan untuk mencipta satu piksel imej besar bersamaan dengan resolusi 12.5MP dan piksel 2.56µm. Ia boleh merakam video sehingga 8K pada 30fps dengan medan pandangan yang tidak dipotong.

Motorola Frontier dikhabarkan hadir dengan skrin pOLED melengkung 6.67 inci yang menyokong kadar penyegaran semula 144Hz dan kamera swafoto 60MP. Ia mungkin membawa RAM 8/12GB, storan 128/256GB, bateri 4,500mAh dengan pengecasan berwayar 125W serta pengecasan tanpa wayar dengan kelajuan antara 30W dan 50W. 

Berkemungkinan besar, telefon andalan ini akan dilancarkan pada bulan Julai 2022. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: GSMArena

Exit mobile version