More

    Samsung dedahkan ciri sensor 200MP ISOCELL HP1

    Samsung terus menyambung usahanya untuk menjadi antara pengeluar peranti pintar yang terbaik di dunia. Baru-baru ini, Samsung telah mengumumkan sensor kamera yang bakal digunakan pada telefon pintar akan datang iaitu sensor 200MP ISOCELL HP1.

    HP1 berfungsi menggunakan beberapa sensor dengan teknologi deep learning-based remosaicing algorithm. Ia boleh menggabungkkan 2 x 2 piksel yang menghasilkan resolusi 50MP dengan ukuran efektif piksel 1.28 µm. Dalam mod ini, ia dapat merakam video 8K pada 30 fps dengan terperinci.

    Seterusnya, terdapat mod lain dalam sensor ini iaitu gabungan 4 x 4 piksel yang menghasilkan sensor 16 piksel untuk setiap piksel yang terdapat pada gambar. Hasilnya, ia memiliki 12.5MP dengan 2.56 µm piksel. Sensor yang terdapat pada HP1 merupakan sensor terbaik untuk pasaran sekarang.

    Ia juga hadir dengan ciri pintar untuk menangkap cahaya dalam keadaan gelap menggunakan teknologi Smart-ISO Pro, Staggered HDR dan banyak lagi. Sensor 50MP ISOCELL JN1 merupakan pencetus kepada wujudnya piksel bersaiz 0.64 µm.

    Terdapat pelbagai sensor kamera yang mempunyai hubung kait dengan sensor HP1. Walau bagaimanapun, sensor JN1 mempunyai sensor yang kecil iaitu 1/2.76” berbanding HP1 yang mempunyai resolusi 50MP dengan jumlah piksel dua kali ganda. Sensor 50MP ISOCELL GN2 mempunyai sensor yang besar iaitu 1/2.12” dan memiliki piksel bersaiz 1.4 µm yang boleh digabungkan kepada 2.8 µm dengan resolusi 12.5MP.

    Spesifikasi lain ISOCELL HP1 ialah ia menyokong multisampling yang mana sensor ini menganalisa setiap piksel yang terdapat pada gambar dan memilih purata piksel yang terbaik untuk menghasilkan sesuatu gambar. Stagged HDR pula menghasilkan pendedahan pada jarak dekat, sederhana atau jauh dengan ciri julat dinamik sehingga 100 dB.

    Smart ISO berfungsi dengan menggabungkan tangkapan gambar pada ISO rendah dan tinggi menjadi satu. Sensor Smart ISO Pro juga terdapat pada mod rakaman video yang mana ia membolehkan pengguna merakam video HDR dengan gerakan yang perlahan.

    Seterusnya, untuk memastikan fokus auto cepat dan tepat, Samsung telah menambah ciri Double Super PD pada ISOCELL HP1. Untuk pengetahuan, Double Super PD mempunyai jumlah piksel fokus dua kali ganda daripada sensor kamera biasa. Piksel fokus mempunyai lensa mikro pada bahagian hadapan yang berfungsi untuk memisahkan antara piksel.

    "
    "

    Diingatkan bahawa Double Super PD berbeza dengan fokus auto Dual Pixel kerana cirinya yang mengambil semua piksel sebagai fokus piksel. Tiada syarikat pengeluar telefon pintar mengesahkan bahawa mereka bakal menggunakan sensor ini.

    Namun, terdapat khabar angin bahawa Xiaomi bakal menggunakan sensor ini kerana syarikatnya dalam usaha untuk menghasilkan telefon dengan sensor kamera 200MP. Xiaomi sebelum ini telah menggunakan sensor yang dicipta oleh Samsung pada peranti mereka.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...