Site icon TechNave BM

Motorola RAZR akan tampilkan skrin dengan kadar penyegaran semula 144Hz

Pada Februari lepas, telah digemparkan mengenai reka bentuk Motorola RAZR yang juga dikatakan akan menampilkan skrin luar yang besar. Nampaknya, skrin tersebut boleh dilihat dalam video promosi pendek bersama satu lagi peningkatan baharu melalui satu akaun Weibo.

Pada masa ini, semua telefon boleh lipat mempunyai kadar penyegaran semula sehingga 120Hz. Berdasarkan video pendek tersebut, Motorola akan membawa skrin dengan kadar penyegaran semula sehingga 144Hz. 

https://bm.technave.com/wp-content/uploads/2023/04/RPReplay_Final1682388539.mov

Terdapat dua kamera dengan flash LED di sebelahnya. Menurut khabar angin, peranti itu akan membawa kapasiti bateri yang diturunkan sebanyak 2,850mAh. Lagi satu khabar angin pula menyatakan telefon ini sebenarnya akan menjadi model “Lite” atau mungkin, ia akan dijual seperti Motorola RAZR 2023 tetapi akan ada Moto Razr+ 2023 pada masa hadapan.

Sesetengah laporan mengatakan ia akan membawa cipset Snapdragon 8 Gen 2, tetapi ada juga yang mengatakan ia akan menggunakan cipset Snapdragon 8+ Gen 1. 

Berdasarkan spesifikasi di atas, kami menjangka ia mungkin akan dijual dengan harga yang murah berbanding telefon lipat yang lain. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber:  Gizchina

Exit mobile version