More

    Reka bentuk telefon lipat Motorola Razr 2023 tampilkan skrin luar yang besar

    Dengan teknologi yang semakin membangin. Kebanyakan jenama ingin membawakan hasil yang mengagumkan dan kini, Motorola Razr mungkin menampilkan paparan luar yang besar berbanding peranti boleh lipat gaya flip lain di pasaran. 

    Maklumat ini didedahkan oleh sumber yang boleh dipercayai, Evan Blass atau @evleaks. Melalui Twitter, Blass berkongsi tiga paparan Motorola Razr 2023, di mana ketiga-tiganya memfokuskan pada paparan luar. Paparan luar boleh dilihat hampir memenuhi keseluruhan bahagian telefon bersama dwi-kamera dan flash LED ditempatkan pada potongan paparan.

    Selain itu, satu pemaparan menunjukkan cara pemberitahuan akan ditunjukkan pada skrin luar yang jauh lebih menarik daripada telefon lipat yang lain. Sudah tentu, ini hanya khabar angin dan masih belum disahkan.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: thetechoutlook

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...