Site icon TechNave BM

MSI Claw dilancar di Malaysia: Peranti “gaming” mudah alih pertama dengan Intel® Core™ Ultra bermula RM3,499

MSI Malaysia telah melancarkan peranti gaming mudah alih (gaming handheld) MSI Claw untuk pasaran tempatan yang akan ditawarkan dalam dua varian cipset. Peranti ini telah pun diperkenalkan buat kali pertama dalam acara Consumer Electronics Show (CES) pada awal tahun ini dan akan bersaing dengan peranti gaming lain seperti Steam Deck, ROG Ally dan Lenovo Legion Go.

Ia merupakan peranti gaming mudah alih pertama dalam dunia yang dilengkapi pemproses Intel® Core™ Ultra dan teknologi AI-upscaling Intel XeSS dengan grafik ARC bagi membenarkan pengguna bermain game AAA di mana-mana sahaja. Ia juga dilengkapi MSI App Player yang menjadikannya peranti gaming mudah alih pertama yang boleh mengakses game Windows dan Android.

Peranti ini mempunyai skrin sentuh 7 inci dengan resolusi Full HD dan kadar segar semula 120Hz. Spesifikasi dalamannya pula terdiri daripada bateri 53Wh yang boleh bertahan sehingga dua jam untuk bermain game serta sistem penyejukan Cooler Boost HyperFlow.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk MSI Claw:

Pra-tempahan akan dibuka sehingga 21 Mac 2024. Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah bernilai RM499 iaitu beg kecil (travel case), pelindung skrin kaca (tempered glass screen protector), rantai kunci, lanyard, topi, patung MSI Lucky, langganan Ubisoft+ selama tujuh hari dan langganan Xbox Ultimate Game Pass selama sebulan.

Layari laman web MSI Malaysia atau Shopee untuk maklumat lanjut mengenai produk ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version