Site icon TechNave BM

Nothing bakal bawakan kejutan terbaru dalam Kemas Kini Komuniti pada 18 April 2024

Selepas berjaya melancarkan Nothing Phone (2a), Nothing tidak berhenti di situ dan terus merancang untuk membawa kejutan yang lebih menarik. Syarikat teknologi yang berpusat di London ini telah mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan sesuatu yang baharu dalam Kemas Kini Komuniti seterusnya pada 18 April 2024.

Pengumuman ini telah menimbulkan keghairahan di kalangan peminat teknologi yang mengikuti perkembangan produk Nothing. Mereka dijemput untuk mendaftar untuk menerima pemberitahuan terkini melalui laman web rasmi Nothing di https://nothing.tech/pages/event.

Bagi peminat yang tertarik dengan Nothing Phone (2a), mereka masih berpeluang untuk memiliki peranti ini dalam warna Hitam dan Putih Susu dengan varian RAM 12GB/256GB pada harga RM1,699 untuk pasaran Malaysia. Anda boleh dapatkannya di platform dalam talian seperti LazadaShopeeSS Solution dan penjual fizikal seperti DirectD, TMT, URBAN REPUBLIC, Vivid Concepts, Tac Mobile serta Nothing Image Store di Plaza Low Yat bersama dengan Yes5G.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version