Site icon TechNave BM

Nothing dijangka perkenal varian “Lite” atau “T” untuk segmen mampu milik

Nothing dilaporkan sedang merancang untuk memperkenalkan barisan telefon pintar baharu yang berkemungkinan dikenali sebagai “Lite” atau “T”. Peranti ini dijangka menyasarkan pasaran pertengahan atau mampu milik, berbeza dengan pendekatan premium yang sebelum ini diutamakan oleh siri Nothing Phone (3).

Menurut penganalisis teknologi Yogesh Brar, langkah ini diambil susulan penerimaan sederhana terhadap model Pro dengan Nothing dilihat mahu memperluaskan pilihan peranti kepada lebih ramai pengguna. Walau bagaimanapun, tiada maklumat rasmi mengenai spesifikasi, ciri teknikal mahupun tarikh pelancaran diumumkan setakat ini.

Sumber

Langkah ini juga dilihat selari dengan strategi syarikat yang sebelum ini memperkenalkan pelbagai segmen peranti termasuk Nothing Phone 3 (andalan), Phone 3a/3a Pro (pertengahan) dan CMF Phone 2 Pro di bawah sub-jenama bajet CMF. Kehadiran varian “Lite” atau “T” dijangka akan melengkapkan lagi rangkaian peranti Nothing dalam segmen harga lebih berpatutan.

Buat masa ini, maklumat lanjut mengenai peranti tersebut masih bergantung kepada pengumuman rasmi Nothing. Jika khabar angin ini benar, peranti baharu dijangka akan diperkenalkan seawal suku keempat 2025 atau pada 2026. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version