More

    Nothing Phone (3) dilancar di Malaysia: SD 8s Gen 4, kamera 50MP dan paparan Glyph Matrix bermula RM3,299

    Selepas pelancaran global minggu lalu, Nothing kini secara rasmi melancarkan Nothing Phone (3) untuk pasaran Malaysia. Model terbaharu ini menandakan anjakan besar dalam pendekatan reka bentuk dan prestasi berbanding siri sebelumnya. Antara perubahan paling ketara pada Nothing Phone (3) ialah penggantian sistem Glyph LED kepada Glyph Matrix iaitu paparan LED bulat yang terdiri daripada 489 LED mikro monokrom.

    Paparan ini boleh dikonfigurasi untuk memaparkan pelbagai maklumat seperti ID pemanggil, foto profil tersuai dan beberapa ciri interaktif seperti permainan mini Glyph Toys. Panel belakangnya yang masih mengekalkan elemen lutsinar kini lebih padat dan simetri. Nothing Phone (3) dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8s Gen 4 dengan pilihan antara dua konfigurasi iaitu storan 12/256GB dan storan 16/512GB.

    Telefon ini turut menampilkan paparan AMOLED fleksibel 6.67 inci dengan resolusi 1260×2800 piksel, sokongan HDR10+, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 1600 nits. Nothing Phone (3) hadir dengan empat kamera 50MP termasuk tiga di bahagian belakang (utama + ultra lebar + periskop) dan satu kamera swafoto 50MP di hadapan.

    Kamera periskop tersebut menyokong zum optikal 3x dan zum digital sehingga 60x yang memberi satu peningkatan besar yang tidak ditawarkan pada generasi sebelum ini. Baterinya berkapasiti 5,150mAh menyokong pengecasan pantas berwayar 65W, pengecasan wayarles 15W dan pengecasan berbalik.

    Nothing Phone (3) menjalankan Nothing OS 3.5 berasaskan Android 15 dan menjanjikan kemas kini sistem operasi selama 5 tahun serta kemas kini keselamatan selama 7 tahun. Ia ditawarkan pada harga RM3,299 untuk storan 12/256GB dan RM3,799 untuk storan 16/512GB. Nothing Phone (3) kini boleh didapati secara rasmi di Malaysia bermula 11 Julai 2025 melalui saluran jualan terpilih serta laman rasmi Nothing Malaysia.

    Spesifikasi lengkap Nothing Phone (3):

    • Skrin AMOLED fleksibel 6.67 inci, resolusi 1260×2800 (1.5K), kadar segar semula 120Hz, sokongan HDR10+, kecerahan puncak 1,600 nits
    • Cipset Qualcomm Snapdragon 8s Gen 4 (4nm)
    • RAM 12GB atau 16GB LPDDR5X
    • Storan dalaman UFS 4.0 256GB atau 512GB (tiada slot mikroSD)
    • Kamera utama 50MP (OIS) + kamera ultra-lebar 50MP + kamera periskop 50MP (OIS, zum optikal 3x, zum digital 60x)
    • Kamera hadapan 50MP
    • Bateri 5,150mAh
    • Pengecasan pantas 65W berwayar, 15W tanpa wayar, pengecasan berbalik 5W
    • Sistem operasi Nothing OS 3.5 berasaskan Android 15
    • Pembesar suara stereo
    • Port USB-C
    • Bluetooth 5.4, Wi-Fi 6E, NFC, GPS
    • Perlindungan IP68, kaca hadapan Gorilla Glass 7i, kaca belakang Gorilla Glass Victus
    • Sokongan eSIM + nano-SIM
    • Ciri unik: Glyph Matrix dengan 489 LED mikro untuk notifikasi, permainan mini, paparan tersuai
    • Harga: RM3,299 – 12/256GB | RM3,799 – 16/512GB

    Pengguna boleh membuat pembelian bermula hari ini dengan stok tersedia dalam pilihan warna hitam dan putih. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Nothing Phone (3) dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...