Site icon TechNave BM

Nothing mengacah produk audio yang akan datang tidak lama lagi

Nothing yang merupakan jenama dengan reka bentuk yang menarik kini telah menyiarkan pengacah rasmi mengenai pelancaran produk audio yang akan datang. Seperti biasa, video pengacah daripada Nothing sangat subjektif dan tiada maklumat terlalu banyak.

Video tersebut hanya menunjukkan seekor katak, beberapa tangkapan fotografi gerak dekat dan teks ‘Nothing (R)’ dipaparkan. Mungkin lompatan katak ada kaitan dengan lompatan spesifkasi teknologi melebihi fon telinga pendahulunya, Nothing Ear (2).

Sebagai rujukan, Nothing Ear (2) didatangkan dengan ciri seperti Audio Hi-Res, teknologi LHDC 5.0 aplikasi sampingan Nothing X, pemacu tersuai 11.6mm dan reka bentuk dwi-ruang baharu. Selain itu, sokongan ANC diperibadikan menawarkan sehingga 40 dB pengurangan hingar dan mod pembatalan hingar adaptif secara automatik berdasarkan persekitaran.

Mungkin kali ini, kita boleh mengharapkan peningkatan pada hayat bateri. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version