Site icon TechNave BM

Nothing Phone (2a) dikesan dalam Antutu, bakal bersaing dengan Redmi Note 13 Pro+

Awal minggu ini, Nothing secara rasmi mendedahkan tarikh pelancaran untuk telefon pintar kelas pertengahan yang akan datang iaitu Phone (2a). Menjelang pelancarannya, Nothing Phone (2a) telah muncul dalam penyenaraian penanda aras AnTuTu 10.

Dalam penanda aras tersebut, Phone (2a) mencapai skor gabungan AnTuTu 10 dengan 738,164 mata. Prestasi yang ditunjukkan dalam kategori CPU, GPU, memori dan pengalaman pengguna nampak meyakinkan.

Peranti ini juga telah dibandingkan dengan Redmi Note 13 Pro+ (tengah) yang mempunyai cipset MediaTek Dimensity 7200 yang dikhabarkan akan digunakan dalam Nothing Phone (2a) dan OnePlus Nord CE 3 dengan cip Snapdragon 782 5G. Phone (2a) mengatasi kedua-dua telefon dalam skor keseluruhan.

Reka bentuk Phone (2a) kekal misteri dan masih belum disahkan lagi. Khabar angin mencadangkan bahawa harga permulaan untuk Nothing Phone (2a) adalah €349 (~RM1,797) untuk varian 8/128GB manakala varian 12/256GB mungkin berharga €399 (~RM2,055).

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Reddit

Exit mobile version