More

    Imej baharu dedahkan reka bentuk Nothing Phone (2a) tanpa antara muka Glyph

    Pelancaran Nothing Phone (2a) semakin hampir dan gambaran daripada khabar angin telah muncul memberikan reka bentuk yang lebih tepat. Menariknya, gambar baharu ini menafikan perbezaan penempatan dwi-kamera pada gambar yang didedahkan sebelum ini dan memberikan petanda tanpa antara muka Glyph.

    Noting phone (2a) menampilkan panel belakang yang lutsinar seperti pendahulunya, Nothing Phone (1) dan (2). Walau bagaimanapun, kali ini, ia kelihatan hadir tanpa gelung pengecasan wayarles dan tidak mempunyai LED yang kelihatan untuk antara muka Glyph, memberikan petanda perubahan reka bentuk yang berpotensi.

    Walaupun spekulasi sebelum ini telah memberikan gambaran tentang ciri-ciri yang dijangkakan, termasuk paparan AMOLED 6.7 inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz, cipset Dimensity 7200 bersamaan dengan RAM 8/12GB, dan storan 128/256GB serta Phone 2a dikatakan akan memperkenalkan susunan kamera ganda 50MP.

    Harga yang dijangkakan adalah dalam julat $400 (~RM1,904), menjadikan Nothing Phone (2a) sebagai pilihan menarik di pasaran telefon pintar kelas pertengahan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Smartprix

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...