Site icon TechNave BM

Nothing Phone (3a) sah gunakan cip Snapdragon, bakal dilancar 4 Mac ini

Nothing baru-baru ini telah mengesahkan bahawa telefon pintar terbaharunya, Nothing Phone (3a), bakal dilancarkan secara rasmi pada 4 Mac ini. Dalam usaha untuk meningkatkan keterujaan menjelang pelancaran, Nothing telah mula mengacah peminat dengan beberapa spesifikasi peranti baharu ini.

Melalui ciapan di akaun rasmi X, Nothing mendedahkan bahawa Phone (3a) akan dikuasakan oleh cip pemprosesan daripada siri Qualcomm Snapdragon. Ini menandakan perubahan daripada penggunaan cip MediaTek Dimensity yang digunakan dalam siri pertengahan sebelum ini. Walau bagaimanapun, cip tepat yang akan digunakan masih belum diumumkan secara rasmi.

Berdasarkan khabar angin, peranti ini berkemungkinan besar akan dilengkapi dengan cip Snapdragon 7s Gen 3 yang berada dalam kategori pertengahan. Selain itu, Nothing Phone (3a) dijangka menampilkan skrin AMOLED bersaiz 6.8 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan resolusi FHD+.

Daripada segi fotografi, telefon ini dikhabarkan akan mempunyai tetapan tiga kamera di bahagian belakang termasuk lensa telefoto. Untuk spesifikasi bateri, Phone (3a) akan hadir dengan kapasiti 5000mAh dan menyokong pengecasan pantas 45W.

Menariknya, terdapat juga spekulasi mengenai kehadiran butang khas untuk kamera yang mungkin akan memudahkan pengguna mengambil gambar dengan lebih pantas dan efisien. Namun, segala maklumat ini masih belum disahkan dan sama-sama nantikan pengumuman rasmi daripada Nothing. Adakah anda teruja dengan pelancaran Nothing Phone (3a)?

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: X Nothing

Exit mobile version