More

    Nothing Phone (3a) dijangka hadir dengan butang kamera pada 4 Mac 2025

    Nothing akan melancarkan Phone (3a) pada 4 Mac ini dengan fokus utama pada prestasi kamera. Telefon ini akan menampilkan butang kamera khas di sisi yang berfungsi sebagai pintasan pantas untuk membuka aplikasi kamera dan sebagai pengatup untuk mengambil gambar serta video.

    Phone (3a) dijangka hadir dengan tiga kamera belakang termasuk kamera utama 50MP, kamera telefoto 50MP dengan zum 2x (pertama untuk jenama Nothing) dan kamera ultralebar 8MP. Spesifikasi lain yang dikhabarkan termasuk skrin 6.8 inci FHD+ AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz, cipset Snapdragon 7s Gen 3, serta bateri 5,000 mAh dengan pengecasan pantas 45W.

    Phone (3a) akan hadir dalam warna hitam dan putih manakala Phone (3a) Pro akan tersedia dalam warna hitam dan kelabu. Masih belum jelas perbezaan utama antara model Pro dan model biasa, namun maklumat lanjut dijangka akan dibocorkan dalam beberapa hari akan datang. 

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: X

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured