Selain nubia Fold, nubia baru-baru ini turut melancarkan sebuah lagi telefon pintar lipat iaitu nubia Flip 3. Ia menampilkan mekanisme lipat gaya flip, dengan skrin lipat berukuran 6.9 inci yang mempunyai panel AMOLED, resolusi Full HD+ dan kadar segar semula 120Hz.
Apabila skrinnya dibuka, ia mempunyai ketebalan 7.5mm sahaja. Pilihan warnanya pula terdiri daripada warna hitam dan putih.
Di luar, ia turut mempunyai skrin AMOLED 4 inci yang melitupi keseluruhan bahagiannya, kecuali pada bulatan kecil untuk lensa kamera dan lampu denyar LED.
Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset MediaTek Dimensity 7400X, RAM 6GB, storan dalaman 256GB dan bateri 4,610mAh. Sistem operasinya menggunakan Android 15.
Untuk fotografi, ia mempunyai kamera utama 50MP dan kamera ultra-lebar 12MP di belakang, manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto 32MP.
Spesifikasi lain termasuklah pengimbas cap jari skrin, rating kalis air IP54, Bluetooth 6.0 dan NFC.
Buat masa ini ia hanya ditawarkan untuk pasaran Jepun sahaja dan akan dijual bermula Januari 2026. Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya untuk pasaran Malaysia.
Kali terakhir sebuah nubia Flip dilancar di Malaysia adalah pada Julai 2024 dan dijual pada harga RM2,499.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: nubia Jepun

