More

    nubia Flip 5G dilancar di Malaysia: Telefon lipat dengan skrin 6.9″, SD 7 Gen 1 berharga RM2,499

    Selepas dilancarkan untuk pasaran antarabangsa pada bulan Februari lalu, nubia Flip 5G akhirnya sudah tiba ke pasaran Malaysia sebagai telefon lipat pertama oleh jenama tersebut. Sebenarnya ia sudah mula dijual di Malaysia sejak April lepas, namun itu adalah model yang direka untuk pasaran antarabangsa. Kini, nubia Flip 5G yang dijual dalam Malaysia sudah mendapat pengiktirafan SIRIM dan direka khas untuk pasaran Malaysia.

    Ia menampilkan skrin utama berukuran 6.9 inci yang boleh dilipat dengan engsel mendatar, menjadikan reka bentuknya lebih kecil selepas dilipat.

    nubia mengatakan skrin dan engsel ini boleh tahan sehingga lebih 200,000 kali lipatan. Skrin ini mnempunyai gamut warna DCI-P3 sebanyak 100% dan kedalaman warna 10-bit untuk imej yang cantik, serta pemalapan PWM 2,160Hz dan pengiktirafan cahaya biru rendah SGS untuk tontonan yang lebih selesa pada mata.

    Selain skrin utama, ia mempunyai skrin luaran berbentuk bulat yang boleh memaparkan pelbagai aplikasi ringkas serta 3D Interactive Pet yang menunjukkan interaksi bersama ikon haiwan comel. Ia juga boleh digunakan untuk bantu anda mengambil gambar swafoto menggunakan kamera utama.

    Di belakang, ia mempunyai kamera utama 50MP dan sensor kedalaman (depth sensor), manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto 16MP. Kamera utamanya menyokong rakaman video 4K dengan teknologi penstabilan untuk video yang tidak gegar.

    Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset Qualcomm Snapdragon 7 Gen 1, bateri 4,310mAh, pengecasan pantas 33W, RAM sehingga 20GB dan storan dalaman 256GB. Nampaknya nubia mengetengahkan telefon ini sebagai telefon kelas pertengahan yang lebih murah berbanding telefon Flip daripada jenama lain.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk telefon ini:

    • Skrin lipat OLED berukuran 6.9 inci, resolusi 2790×1188, kadar segar semula 120Hz
    • Skrin luaran OLED berukuran 1.43 inci, resolusi 466×466
    • Cipset Qualcomm Snapdragon 7 Gen 1
    • Storan dalaman 256GB
    • RAM 8GB, boleh dibesarkan secara maya sehingga 20GB
    • Storan dalaman 256GB
    • Kamera utama 50MP + sensor kedalaman 2MP
    • Kamera swafoto 16MP
    • Bateri 4,310mAh
    • Pengecasan pantas 33W
    • Pembesar suara stereo DTS:X Ultra
    • Sistem operasi Android 13 dengan MyOS13
    • Pilihan warna hitam Cosmic Black atau emas Sunshine Gold
    • Harga: RM2,499

    Pra-tempahan untuk nubia Flip 5G akan dibuka bermula 25 Julai hingga 31 Julai 2024, manakala jualan rasmi akan bermula pada 1 Ogos 2024. Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma Marshall Downtown Speaker Handbag (bernilai RM369).

    "
    "

    Pra-tempahan boleh dibuat di laman web Shopee atau di kedai-kedai fizikal dalam Wangsa Walk Mall, IOI City Mall Putrajaya dan IOI Mall Puchong.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon lipat ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...