Site icon TechNave BM

Nubia Flip 5G dikesan dalam pensijilan China, mungkin dilancar bersama Nubia Z60 Fold

Nubia mengikuti gaya jenama telefon pintar lipat terkini dengan pembangunan dua model boleh lipat iaitu jenis kulit kerang dan gaya buku. Nubia Flip 5G yang dikhabarkan sebagai telefon lipat kulit kerang pertama syarikat itu telah muncul dalam rekod pensijilan 3C China, mencadangkan pelancarannya tidak lama lagi.

Pensijilan menunjukkan sokongan untuk pengecasan pantas 33W tanpa butiran mengenai pengecasan wayarles. Selain itu, butiran mengenai spesifikasi seperti pemproses dan sistem kamera kekal terhad tetapi dijangka muncul dalam pendedahan dan pensijilan lanjut.

Telefon pintar Nubia Flip 5G mungkin dilancarkan bersama Nubia Z60 Fold iaitu telefon lipat gaya buku syarikat itu. Ia dikhabarkan akan dilengkapi dengan cipset Snapdragon 8 Gen 3 dan paparan AMOLED pada kedua-dua bahagian hadapan dan belakangnya, bateri 5,000mAh dengan sokongan untuk pengecasan pantas 100W.

Kedua-dua peranti sebelum ini telah muncul dalam penyenaraian pangkalan data IMEI, menunjukkan kemajuan dalam barisan boleh lipat Nubia, walaupun tarikh keluaran rasmi masih belum diumumkan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version