Selepas terdedahnya beberapa khabar angin, anak syarikat ZTE, nubia akhirnya telah melancarkan nubia Z70 Ultra dalam pasaran China. Peranti ini menampilkan spesifikasi dan ciri teratas untuk bersaing dengan telefon andalan terkini.
Z70 Ultra dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite yang dipasangkan dengan pilihan RAM 12/16/24GB dan storan 246GB/512GB/1TB. Terdapat juga bateri silikon-karbon besar 6160mAh yang menyokong pengecasan 80W melalui port USB-C.
Sementara itu, paparannya menggunakan AMOLED 6.85 inci yang dibuat oleh BOE, sokong kadar segar semula 144Hz, resolusi 1216 x 2688 piksel, kecerahan puncak 2000 nits, pengimbas cap jari bawah paparan dan kamera swafoto bawah paparan 16MP gen ke-7.
Kamera utama menampilkan sensor Sony IMX906 50MP dengan optik 35mm dan apertur berubah-ubah dipasangkan dengan kamera periskop 64MP (70mm) dan ultra lebar 50MP (13mm). Sorotan spesifikasi lain termasuk butang kamera, Android 15 melalui Nebula AIOS, penarafan IP69, komunikasi satelit 2 hala dan pilihan warna Hitam, Amber atau Starry Night Blue.
Di China, harga Z70 Ultra bermula CNY4599 (~RM2,836) untuk varian 12/256GB. Ketersediaan di Malaysia masih belum diumumkan namun ia akan dilancarkan secara global pada 26 November. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Nubia Z70 Ultra dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: ZTE Mall

