More

    Nubia Z70 Ultra dilancar dengan SD 8 Elite, kamera 35mm – apertur berubah-ubah bermula ~RM2,836

    Selepas terdedahnya beberapa khabar angin, anak syarikat ZTE, nubia akhirnya telah melancarkan nubia Z70 Ultra dalam pasaran China. Peranti ini menampilkan spesifikasi dan ciri teratas untuk bersaing dengan telefon andalan terkini.

    Z70 Ultra dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite yang dipasangkan dengan pilihan RAM 12/16/24GB dan storan 246GB/512GB/1TB. Terdapat juga bateri silikon-karbon besar 6160mAh yang menyokong pengecasan 80W melalui port USB-C.

    Sementara itu, paparannya menggunakan AMOLED 6.85 inci yang dibuat oleh BOE, sokong kadar segar semula 144Hz, resolusi 1216 x 2688 piksel, kecerahan puncak 2000 nits, pengimbas cap jari bawah paparan dan kamera swafoto bawah paparan 16MP gen ke-7.

    Kamera utama menampilkan sensor Sony IMX906 50MP dengan optik 35mm dan apertur berubah-ubah dipasangkan dengan kamera periskop 64MP (70mm) dan ultra lebar 50MP (13mm). Sorotan spesifikasi lain termasuk butang kamera, Android 15 melalui Nebula AIOS, penarafan IP69, komunikasi satelit 2 hala dan pilihan warna Hitam, Amber atau Starry Night Blue.

    Di China, harga Z70 Ultra bermula CNY4599 (~RM2,836) untuk varian 12/256GB. Ketersediaan di Malaysia masih belum diumumkan namun ia akan dilancarkan secara global pada 26 November. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Nubia Z70 Ultra dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: ZTE Mall

     

    Artikel Terkini

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Internet terbuka jadi punca, Gemini AI ceroboh 3 syarikat sebenar

    Google mengesahkan model kecerdasan buatan Gemini menceroboh sistem keselamatan tiga syarikat luar ketika ujian keupayaan keselamatan siber dijalankan oleh firma pihak ketiga,...

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured