Site icon TechNave BM

OnePlus 11 Concept bakal dilancarkan di MWC 2023

OnePlus 11 sudah dilancarkan bersama beberapa peranti lain seperti OnePlus 11R, OnePlus Pad, papan kekunci 81 Pro dan beberapa peranti lagi. Kini, syarikat itu sedang bersiap untuk produk seterusnya.

Jenama itu mendedahkan telefon OnePlus 11 Concept akan dilancarkan di Mobile World Congress (MWC) di Barcelona antara 27 Februari dan 2 Mac 2023. Peranti baharu ini akan menampilkan “reka bentuk imaginatif dengan teknologi yang mengutamakan industri”. Ia mungkin menunjukkan reka bentuk yang sedikit berbeza daripada yang lain.

Jika dilihat balik, OnePlus Concept One yang diperkenalkan pada awal 2020 mempunyai kamera utama yang boleh disembunyikan dengan mengubah warna pada kaca di bahagian belakang telefon. Kaca elektrokromik yang melitupi kamera tersembunyi tersebut juga boleh berfungsi sebagai filter ND. Reka bentuk utama OnePlus Concept One ini dilitupi lapisan kulit khas oleh McLaren dengan pilihan warna Papaya Orange.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: GSMArena

Exit mobile version